Wednesday 25 May 2016

Apakah hukum berbekam ketika berpuasa?

Ketika menjalan Ramadhan, pasti ramai tertanya-tanya, apakah hukum berbekam ketika berpuasa. Disini saya copy paste daripada website mufti wilayah perseketuan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, (http://www.muftiwp.gov.my/v3/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-ramadhan/569-hukum-berbekam-semasa-puasa)




Apakah hukum berbekam pada masa puasa?

JAWAPAN
        Berbekam pada siang hari pada bulan Ramadan menjadi khilaf. Yang masyhur dalam kalangan ramai sahabat dan tabiin bahawa ia tidak batal puasa berdasarkan kepada nas. Dikatakan Sa’d bin Abi Waqas R.A melakukan bekam. Begitu juga al-Zubair bin al-Awwam R.A, Ummu Alqamah dan lain-lain. Kecualai Imam Malik dan Abu Hanifah menganggap berbekam hukumnya batal puasa. Manakala Ata’ berpendapat, wajib kifarah.
        Pendapat yang masyhur adalah jumhur yang tidak makruh berbekam jika tidak membawa kelemahan kepada orang yang berpuasa. Lihat Su’alat al-So’imin, (hal. 65-66). Saya lebih cenderung kepada pendapat supaya tidak berbekam ketika berpuasa untuk keluar dari sebarang khilaf. 

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, 
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik.





No comments:

Post a Comment