Monday 23 May 2016

Wanita tidak perlu bekam ?


Ramai menyatakan bahawa wanita tidak perlu bekam kerana setiap bulan mengalami "peroid".
Benarkah hal tersebut ?



Berita gembira buat wanita, anda boleh dibekam.
Hal ini kerana "peroid" dan proses pembekaman adalah berbeza.

Secara umum kita belajar sains semasa sekolah menengah bab ini, wanita berlaku "peroid" disebabkan rahim mereka terkumpul ovum yang tidak disenyawakan dan ovum tersebut banyak terkumpul sehinggalah sampai masanya rahim mengeluarkan darah yang mana ia merupakan sel ovum yang mati bagi membersihkan rahim wanita.

Manakalah proses pembekaman pula ialah pengeluaran darah daripada bawah kulit yang mana darah kotor tersebut hanya berkumpul pada lapisan dalam Dermal papilla/perifer yang mana sedalam kurang daripada 0.04mm sampai 0.09m ini hanya terletak pada yang timbunan toksid terkumpul (Hijama or Oxidant Drainage Therapy(ODT), Azib Susiyanto,Sy.)






Jadi usah risau bagi wanita yang ingin berbekam kerana bekam berfungsi secara berbeza berbanding dengan "period" kerana fokus bekam adalah merawat bahagian badan bagi membuang toksid yang menyebabkan pelbagai kesan negetif pada badan




Pelbagai manfaat yang anda akan perolehi apabila anda menjalani terapi berbekam seperti:

1)Membantu melancarkan aliran dalam badan anda yang mana kesan ketidaklancar aliran darah/toksid berlebihan menyababkan anda kelihatan tidak bermaya, nampak tua dan kurang seri pada wajah anda.



2)Membantu anda mengurangkan risiko kanser.
Seperti dimaklum, kanser bukanlah satu sel virus atau bakteria, tetapi ianya adalah sel yang telah wujud dalam badan kita dan ianya mempunyai perananya sendiri dalam tubuh badan kita, Namun apabila badan kita berlaku ketidakstabilan yang mana disebabkan oleh punca lain terutamanya stress.

Berbeza dengan lelaki apabila menpunyai masalah, mereka menpunyai pilihan sama ada selesaikan secara perlahan atau buat aktiviti lain jika mereka tidak dapat menyelesaikan masalah seperti jogging, minum dan lepak dengan kawan-kawan sambil tengok bola. Manakala, wanita lebih cenderung untuk diamkan diri apabila mempunyai masalah atau "over-thinking" akan masalahnya menyebabkan mereka sangat  stress yang menyebabkan mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser.

Kaedah bekam adalah satu terapi yang sangat efektif dalam membantu mengurangkan serangan kanser kerana ia menstabilkan aliran tenaga dalam badan sekaligus mengurangkan tekanan yang dihadapi dalam rutin harian.




3) Tidur yang lena. Mudah cerita apabila kita hilang stress, hendak tidur pun tidak ada masalah. Bila lena tubuh pun dapat rehat yang cukup dan anda dapat menjalankan rutin harian dengan penuh ceria dan positf.





Maka dengan ini, anda wanita usah risau lagi jika hendak berbekam. Banyak manfaat yang anda dapati apabila anda berbekam. Untuk lebih lanjut boleh rujuk pada artikel lepas tentang manfaat berbekam.

Perlu diingatkan.

pastikan anda berjumpa dengan pembekam yang mendapat perlatihan dan berpengalaman .







No comments:

Post a Comment